Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah
Paling
mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri
manusia.Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak
terang.(sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer.. bawak2lah senyum..
tentu org tak takut nak dekat punyer..)
2. Pendendam
Tersembunyi
iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa
mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang
kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang
didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (Ini
kes dendam kesumat lahh nie..)
3. Hasad dengki
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)
4. Bakhil
Sentiasa
merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll.dari
dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit.(rezeki
yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)
** Allah
lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang
abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi
manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui
makhluk.
5. Tamak
Orang
yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang
banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut… walau berapa
banyak yg diminum tetap tak abis jugak! lagipun org tamak selalu rugi..
**
Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau
digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum
boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ)
Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat
dimanfaatkan.
6. Tidak sabar
Andainya
perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang
lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi
dugaan..cthnyer time keja banyak.. tetap maintain vogue walau keja
bertimbun atas meja..heh..heh. .)
7. Ego
Ibu
segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang.Orang
yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun
batin. (yg nie no komen).. pasal semua org ader egonya sendiri.. cuma
tinggi/rendah tahap keegoan tersebut.
8. Riak
Terseksa
sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa
berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya
tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau
kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada.
9. Cinta dunia
Tidak
dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula
menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan
diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg
soleh/solehah
**Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana
dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi
letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia
itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan
Jadi
yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan
kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
****Makin
tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.**** Samada
bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu,kedua-duanya tetap
menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan
bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati
antara satu sama lain.
cdt to paan