Archive for August, 2008

28
Aug

Can u handle this?

NEW SALES INQUIRY

A store that sells husbands has just opened in New York City , where a woman may go to choose a husband. Among the instructions at the entrance is a description of how the store operates. You may visit the store ONLY ONCE !

There are six floors and the attributes of the men increase as the shopper ascends the flights. There is, however, a catch …. you may choose any man from a particular floor, or you may choose to go up a floor, but you cannot go back down except to exit the building! So, a woman goes to the Husband Store to find a husband .

On the first floor the sign on the door reads:

Floor 1 - These men have jobs and love the Lord.

The second floor sign reads:

Floor 2 - These men have jobs, love the Lord, and love kids.

The third floor sign reads:

Floor 3 - These men have jobs, love the Lord, love kids, and are extremely good looking.

‘Wow,’ she thinks, but feels compelled to keep going.

She goes to the fourth floor and sign reads:

Floor 4 - These men have jobs, love the Lord, love kids, are drop-dead good looking and help with the housework.

‘Oh, mercy me!’ she exclaims, ‘I can hardly stand it!’ Still, she goes to the fifth floor and sign reads:

Floor 5 - These men have jobs, love the Lord, love kids, are drop- dead gorgeous, help with the housework, and have a strong romantic
streak.

She is so tempted to stay, but she goes to the sixth floor and the sign reads:

Floor 6 - You are visitor 4,363,012 to this floor. There are no men on this floor. This floor exists solely as proof that women are
impossible to please.

Thank you for shopping at the Husband Store. Watch your step as you exit the building, and have a nice day!

Please send this to all men for a good laugh and to all the women who can handle the truth!
————————————————————————————————
KHIDMAT NASIHAT

Ada sorang lelaki bernama Ali, baru buka perniagaan khidmat nasihat.

Officenya amat canggih, sederet dengan beberapa ofis yang lain. Ali seorang pakar perunding perniagaan, baru tamat belajar diluar negara, jadi nak mencuba nasib dalam bidang pernigaan, tekad tak mahu kerja ngan orang lain. Ofis dia masih baru, baru renovate la katakan.

Selepas sebulan ofis dibuka, perniagaan Ali masih belum bergerak,sampai sekarang satu bisnes pun tak dapat lagi.Sampai sekarang sorang pun belum pernah singgah kat ofis/kedai dia tu.Ali pening, signboard kat luar ofis dia tu mahal tuuuuu, beribu ringgit. Lobi sambut tetamu canggih tu, cuma belum ada pekerja lagi, Ali sorang2 je handle.

Pada satu hari, ada lelaki masuk kedai dia, apa lagi Ali pun berasa bangga giler, 1st customer la katakan, Ali cepat2 duduk kat meja dia, ambil phone telekom atas meja dia tu, berlakon olok olok bercakap dengan seseorang, saje je nak tunjuk perniagaan dia memang bagus giler, perniagaan ribu2 ringgit.Sambil menyuruh lelaki tu duduk depan dia, dan suruh tunggu kejap kerana dia masih cakap kat phone tu (padahal belakon aje), ini perbualan Ali ditalipon.

‘Ye Dato’, ooo pasal project tu dato’, saya akan uruskan dato’, ala

dato’ bayar kat saya beratus ribu, takkan saya main2 buat kerja ni

dato’, lagi pun sudah terlalu banyak perniagaan yang menjadi bukti

kejayaan kami, itu dah cukup mengambarkan keberkesanan

perkhidmatan kami..ok dato’… baik dato’.. Oklah dato’..nanti kita

jumpa kat hotel hilton malam ni.. ok dato’.. bye’

Ali pun meletakkan talipon.Dan mula bersembang dengan lelaki yang duduk terkebil-kebil di depannya tadi, menunggu Ali.

‘Ya encik, terima kasih kerana memerlukan khidmat nasihat perniagaan kami, maaf kerana menunggu tadi, maklumlah perniagaan kami terlalu pesat berkembang, tak menang tangan, banyak sangat permintaan.Ya, ada apa yang kami boleh bantu dalam perniagaan encik’ tanya Ali.

Lelaki tu menjawab ‘ Saya technician Telekom, nak sambungkan line telepon tu, magic gak encik ni, macamana boleh guna phone kalau tak de line..

Whatta f…?? (>_<)"
————————————————————————————————–
KISAH TELINGA

Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalu ada orang yang mempersoalkan tentang telinga.

Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenarai pendek untuk sesi temuduga. Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik.
Di akhir temuduga, Johan bertanya satu soalankepada lelaki itu.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?".

"Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam" jawab lelaki itu dengan jujur.

Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat.

Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Di akhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?".

"Ya …saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan tuan duduk jauh dari saya." puji perempuan itu.

Sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar. Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank.

Selain bijak dia juga tampan dan bergaya.
Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"

"Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasannya dari tergelak.

Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens walaupun mereka duduk agak jauh.

"Bagaimana awak tahu" tanya Johan lagi.

Pemuda itu tidak dapat lagi menahan gelihatinya lalu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata,

"Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana".

Huargh! Huargh! Huargh! Huargh!
——————————————————————————————–
kISAH CERMIN

Ini kisah pasal sepasang suami dan isteri orang asli yang tinggal di dalam hutan. Rumah dorang ni dibina di atas pokok… 2 tingkat lagi tu. Si suami kerja nya mencari makanan di hutan, sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik buah-buah hutan. Si isteri pula tinggal mengemas dirumah.

Suatu hari, Si suami pergi mencari makanan dihutan. Sedang
mencari-cari.. tiba-tiba dia terjumpa cermin. Dia pon awak balik cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas rumahnya tanpa pengetahun isterinya.

Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk ke bilik dan melihat cerminnya. Sehinggalah satu hari, si isteri naik pelik melihat telatah suaminya tu..

Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya..
bimbang-bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya..

Dan punyalah terkejut beruk.. dia masuk je bilik tu.. di ternampak cermin suaminya. Oleh kerana si isteri ni taktau cermin tu apa.. so,dia ingat orang dalam cermin tu memang perempuan simpanan suaminya.

Apa lagi.. habis berlari dan meraung menangisla dia cari mak nya..

Lepas berjumpa dengan maknya.. mak dia cakap nak lihat sendiri perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu..

Lalu maknya pon masuk ke bilik tersebut.

Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak-bahak.. 

Isteri : Apsal mak ketawa?..
Mak : Apa teruk benor selere suami ko tu.. kalau ye pon nak kawin lain.. carik la perempuan yang elok sikit.. Ini tak.. aku tengok perempuan kat bilik tu.. dah la tua.. hodoh, gigi hitam lak tu… !!!!
——————————————————————————————
Najis Kecil, Najis Besar

Semoga dijadikan iktibar bukan bahan ketawa, hari ni hari dia mungkin besok hari kita.

Betul tak. Masa zaman kami dulu tok imam tu tanya "ko orang islam nak kawin nak cuba tanya soalan sikit yang saya ingat. :-

a) Cuba Mengucap
b) Apa rukun dan fardunya.

Berpeluh juga BEB.

Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri Satu Majlis akad nikah kawan pada kawan ku. Waktu tu aku bercuti dikampung dia. Jadi bila ada kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut sama. Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu. Ramai orang aku tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki. Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis macam nih. Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk dengar apa yang tok kadi akan tanya. Rupanya macam2 jugak tok kadi tanya.

Tapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu besar…..Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang, dengan lajunye mamat pengantin tu jawab "lima". Tok kadi tanya lagi, bagi contoh2 najis kecil, dia pun jawap kencing baby yang kecik2 lagi. Tok kadi pun angguk ler, jadi aku rasa jawapan tu ok la kut.

Tok kadi tanya lagi contoh najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling kanan, mula tengok syiling, aku rasa macam nak tolong je mamat pengantin tu…bukannye susah, jawapannya anjing ngan babi je,..tapi mamat tu dah mula berpeluh jantan keluar kat dahi….tok kadi mula senyum…

Aku sebut dalam hati moga2 dia dengar ‘anjing ngan babi la hoi’, tapi rupanya aku cakap dalam hati dia tak dengar. Aku tak tahu apa yang jadi selepas itu, kerana majlis tu jadi kecoh kerana ramai orang yang berada disekeliling majlis tu sambil minum air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai orang, aku pun sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2 aku semburkan balik, dah kene member kat tepi2, kecoh jadinya, aku pegang mata aku, penuh dengan air mata.

Yang aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh najis besar kat pengantin tu keadaan senyap sunyi….tapi bila pengantin tu jawap "Taik Gajah" suasana jadik hingar bingar dengan gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control macamana …taik gajah… besar betul..nak2 bila gajah makan durian.

—- sumbangan: Jas
—————————————————————————————–