29
Sep
08

Jokes

Cerita air

Anna merupakan pelajar tadika di sebuah sekolah tadika di dalam negara Malaysia. Beliau merupakan belajar yang nakal dan sering dimarahi oleh guru-gurunya. Walaubagaimana pun Anna telah mendapat pendidikan yang terlebih dalam ilmu sains dan teknologi. Sehinggakan Anna kadang-kadang lupa daratan.

Cikgu Laily: Anna bangun… saya nak tanya awak. Bagaimana ingin mengeja perkataan air.

Anna: Alah cikgu mudah je ejaan air. Adik saya yang tak sekolah tu pun tahu.

Cikgu Laily: Bagaimana ejaan nya?

Anna: ‘HIJKLMNO’

Cikgu Laily: Kenapa awak mengeja perkataan air begitu?

Anna: Bukan kah ejaan air bererti ‘H to O’ (H20). Betul tak cikgu?

Cikgu Laily:?????

——————- sumbangan : anna

Serahkan kepada Yang Di Atas

Pada suatu hari Si Amin disuruh oleh emaknya mengambil mangga di kebun. Sedang Amin memanjat pokok mangga, tiba-tiba dia terlihat ke bawah ada sepasang remaja sedang ‘bercekerama’. Maka berdirilah bulu roma Si Amin. Dia pun bertahan di atas pohon sambil menahan lututnya yang semakin mulai gemetar.

Tak lama kemudian didengarnya suara isak tangisan remaja perempuan itu, sambil tersendat-sendat dia bicara. “Abang macamana kalau saya hamil nanti? Abang kena bertanggung jawab.” “Sudahlah, dik, kita serahkan semua ini pada Yang Di Atas, ” jawab si lelaki..

 

Si Amin terperanjat lalu dia berteriak, “Wah! wah! kamu berdua yang sedap-sedap di bawah, senang-senang nak serahkan semuanya pada aku! Aku kan cuma tengok saja, usik pun tidak!!”

sumbangan : Amin

 

Khas Ramadhan: Lailatul Qadr

“Lepas basuh pinggan, ikut abah pergi masjid,” kata abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan. Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Mata ku terpaku pada kubah masjid, kagum dan jari jemari ku sedikit mengigil kerana rasa kagum yang amat sangat. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

“Kenapa?” tanya abah.

“Lailatuqadar,” kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah…

“Berapa lama engkau tak ke masjid!!?” Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini. “Dia orang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor… Pasal tu kubah tu dia orang angkat letak kat tanah,” sambung abah lagi.

 

Kalau emak ada di sini tentu dia ketawakan aku. Terima sahajalah. Jangan melawan. Kadang-kadang abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya.

— sumbangan: Mal

 

Parti orang terkenal

Habsah menghadiri sebuah Parti Harijadi yang terdiri dari orang2 terkenal disebuah Hotel.

Ketika hendak hendak pulang… dia dihampiri oleh penjaga tempat parking…

“Mari, cik adik… boleh saya teman kan ke kereta..”

Habsah hairan macamana penjaga parking mengenalinya… apabila hampir ke keretanya.. penjaga parking berkata..

“Itu kereta cik adik…” sambil menunjuk kearah kereta Habsah…

Kini Habsah semakin hairan macammana penjaga parking itu dapat pula mengenali keretanya… sedangkan disitu terdapat ramai orang2 terkenal serta beratus2 buah kereta mewah….

 

Dalam hati Habsah berkata..

“Ini pertama kali aku datang ke hotel ini… tetapi penjaga parking ini kenal aku dan keretaku.

mungkin kerana penampilan dan wajahku… Mungkin wajahku mirip dgn mana-mana orang terkenal di sini?”

Untuk memastikan dugaannya betul atau tidak.. Habsah memutuskan untuk bertanya kepada penjaga Parking itu.

 

“Bang.. macamana abang boleh mengenal saya dan kereta saya. Padahal ada ratusan tetamu

dan ratusan kereta yg di parking di sini …?”

 

“Oh, itu senang saje.. Cik adik ni adalah satu-satunya tetamu yang bukan orang terkenal di parti ini!”

 

Salah Tafsir

 

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang

begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya

minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari

itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan

dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

 

“Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini

kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya

masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan

masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2.”

 

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.

 

Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral

itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak

menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2

muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

 

“Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu

tunjukkan sebentar tadi??”

 

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,

 

UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN…MINUMLAH ARAK…




0 Responses to “Jokes”


  1. No Comments

Leave a Reply